Pelan Pemasaran RxInternational

Sabtu, 23 Ogos 2014 Posted by Admin

 

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda. Kami tahu kedatangan anda ke website ini disebabkan berminat untuk menambah pendapatan serta ingin melihat apakah peluang yang kami tawarkan melalui perniagaan RxInternational.

CATATAN: Jika Anda dari Indonesia, Singapura, Brunei atau lain-lain negara dan berminat untuk bergabung dalam RxInternational, silahkan hubungi kami dahulu untuk mendapatkan penjelasan tentang pendaftaran, biaya serta produk yang ditawarkan - karena mungkin ada perbedaan sedikit dari apa yang ditawarkan di Malaysia.

Tetapi sebelum kami menerangkan mengenai Pelan Pemasaran RxInternational (Rxi), jadual dibawah ini memaparkan kos bagi pendaftaran Rxi mengikut pakej yang ditawarkan untuk produk Algenn, Deeca & RxCrystal. Anda boleh klik pada nama produk dibawah untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai produk tersebut.

RxCrystal RxCrystal RxCrystal
Algenn
1 Set = 1 Kotak

(6 Botol/kotak)
Deeca
1 Set = 2 Kotak

(15 Stick/kotak)
RxCrystal
1 Set = 1 Kotak

(15 Folder/kotak)

 

SENARAI PEKEJ YANG DITAWARKAN

PEKEJ
Daftar Keahlian
Maintain Bulanan
Produk
PEKEJ SILVER
RM250.00
RM250.00
1 Set
PEKEJ GOLD
RM2,500.00*
RM225.00
10 Set*
PEKEJ PLATINUM (STOKIST)
RM6,250.00**
RM200.00
25 Set**

NOTA: Harga di atas tidak termasuk kos kiriman pos. Untuk Pakej Gold dan Platinum, anda boleh memilih satu produk sahaja atau memilih untuk mencampurkan kesemua set produk yang ditawarkan diatas (Algenn, Deeca & RxCrystal).

 

PELAN & BONUS DIDALAM RxINTERNATIONAL

 
A) TEAM BUILDING BONUS (Binary) B) LEADERSHIP BONUS (Conventional)
1. Bonus Tajaan 1. Bonus Income Plan (Unilevel)
2. Bonus Pairing 2. Leadership Matching Bonus
3. Double Momentum Bonus 3. Company Sharing Bonus
4. Roll-Up Sponsor (Gold & Platinum)  
5. Mobile Key-in Bonus (Platinum Sahaja)  

Download Pelan Pemasaran Rxi

NOTA: Didalam Pelan Pemasaran RxInternational, ia tidak menggunakan sistem binari sepenuhnya. Rxi juga masih menawarkan pelan MLM konversional, contohnya seperti didalam Plan Unilevel. Apa yang paling menariknya, didalam kedua-dua pelan Rxi diatas ia menawarkan jumlah bayaran bonus yang tinggi kepada anda.

 

BONUS TAJAAN & BONUS PAIRING

 

PAKEJ SILVER

Pekej Silver RxInternationalDengan menyertai Pakej Silver yang bernilai RM250 anda akan mendapat 1 set produk Rxi seperti diatas. Sebagai ahli anda layak untuk mendapat bonus yang ditawarkan untuk Pakej Silver ini. Secara mudahnya, didalam Pelan Rxi anda (U), akan menerima Bonus Tajaan RM70 setiap kali anda menaja ahli baru (A atau B) yang menyertai Pakej Silver dibawah anda.

Selain itu, anda akan menerima Bonus Pairing RM50 lagi apabila sahaja anda dapat menaja 2 ahli yang mengambil Pakej Silver (A dan B). Jadi apabila sahaja anda menaja A & B (menyertai Pakej Silver), anda akan menerima bonus RM190 (RM70 +RM70 +RM50). Walaupun begitu, Bonus Pairing maksimum yang dibenarkan untuk Pakej Silver adalah RM400 sahaja dalam sehari.

PENAJAAN TIDAK SETARA (PEKEJ SILVER)

Bonus Tajaan Pekej SilverJika diatas kami menunjukkan contoh sekiranya anda (Pekej Silver) menaja ahli Pakej Silver, maka gambar rajah disebelah kiri pula menunjukkan Bonus Tajaan yang bakal anda perolehi sekiranya anda (S) menaja ahli yang mengambil Pakej Gold dan juga Pakej Platinum. Anda akan mendapat Bonus Tajaan sebanyak RM300 sekiranya menaja ahli Pakej Gold (G) dan RM500 untuk ahli yang mendaftar Pakej Platinum (P).

Disebabkan anda hanya dibenarkan membuka 2 kaki sahaja didalam pelan ini, maka ahli-ahli baru lain yang ditaja oleh anda atau oleh kumpulan anda secara automatik akan diletakkan kebawah secara berpasangan. Untuk Pekej Silver anda perlu membuat pembelian maintain sebanyak RM250 (bersamaan 1 set produk) bagi membolehkan anda layak menerima bonus setiap sebulan.

PAKEJ GOLD

Dengan menyertai Pakej Gold yang bernilai RM2,500. Anda boleh memilih 10 set produk Rxi — 10 set tersebut boleh dicampurkan dengan produk Algeen, Deeca & RxCrystal. Cuba bayangkan apa akan berlaku, sekiranya anda bertemu dengan prospek bagi menceritakan tentang produk Rxi yang anda jual tetapi apabila mereka ingin melihatnya atau membelinya anda tidak mempunyai stok produk tersebut.

Anda pasti tidak mahu kejadian sebegini berlaku. Tetapi apabila anda memiliki stok produk ini ditangan, maka anda menjadi lebih mudah untuk mempromosikannya kepada kenalan anda yang lain. Sebab itu, kami galakkan supaya anda mengambil sekurang-kurangnya pakej Gold bagi memulakan perniagaan ini.

Pakej Gold RxInternational Gambarajah disebelah menunjukkan bonus yang akan diperolehi apabila anda (U) mengambil Pakej Gold. Didalam senario ini, kita andaikan ahli tajaan (A & B) juga mengambil Pekej Gold. Anda akan menerima Bonus Tajaan RM700 apabila anda menaja ahli yang menyertai RxInternational menerusi Pakej Gold dan apabila berlaku "Pairing" (sepasang ahli mengambil Pakej Gold), maka anda akan menerima Bonus Pairing sebanyak RM500 lagi. Walaupun begitu, Bonus Pairing maksimum yang dibenarkan untuk Pakej Gold adalah RM2,600 sahaja dalam sehari.

PENAJAAN TIDAK SETARA (PEKEJ GOLD)

Bonus Tajaan Pekej GoldJika diatas kami menunjukkan contoh sekiranya anda (Pekej Gold) menaja ahli Pakej Gold, maka gambar rajah disebelah kiri pula menunjukkan Bonus Tajaan yang bakal anda perolehi sekiranya anda (G) menaja ahli yang mengambil Pakej Silver dan juga Pakej Platinum. Sama seperti sebelum ini, anda akan mendapat Bonus Tajaan sebanyak RM70 sekiranya menaja ahli Pakej Silver (S) tetapi RM1,000 sekiranya untuk ahli yang mendaftar Pakej Platinum (P).

Untuk Pekej Gold ini anda perlu membuat pembelian maintain 1 set produk (Algenn, Deeca & RxCrystal) bagi membolehkan anda layak menerima bonus setiap sebulan. Apa yang menariknya nilai pembelian maintain adalah RM225 untuk 1 set produk tersebut.

PAKEJ PLATINIUM

Plan Platinium RxInternational Pakej Platinum ini juga dikenali sebagai Mobile Stokist, dimana individu yang mengambil pekej ini secara automatik menjadi Stokist produk RxInternational. Pakej ini bernilai RM6,250 dan anda akan diberikan 25 set produk RxInternational — Algeen, Deeca & RxCrystal. Kelebihannya, anda boleh mendaftarkan terus ahli-ahli baru secara online menerusi mobile stokist anda serta memudahkan anda menyusun kedudukan ahli tajaan tersebut. Walaupun anda berstatus stokist, anda tidak perlu membuka kedai tetapi boleh menjadikan rumah sebagai pusat stokist tersebut. Kami akan menerangkan kelebihan lain pihak stokist didalam Bonus Mobile Key-In.

Gambarajah disebelah menunjukkan bonus yang akan diperolehi apabila anda (U) mengambil Pakej Platinum. Didalam senario ini, kita andaikan ahli tajaan (A & B) juga mengambil Pekej Platinum. Anda akan menerima Bonus Tajaan RM1750 seorang apabila anda menaja ahli yang menyertai RxInternational menerusi Pakej Platinum dan apabila berlaku "Pairing" (sepasang ahli mengambil Pakej Platinum), maka anda akan menerima Bonus Pairing sebanyak RM1,100 lagi. Walaupun begitu, Bonus Pairing maksimum yang dibenarkan untuk Pakej Platinum adalah RM9,000 sahaja dalam sehari.

PENAJAAN TIDAK SETARA (PEKEJ SILVER)

Bonus Tajaan Pekej GoldJika diatas kami menunjukkan contoh sekiranya anda (Pekej Platinum) menaja ahli Pakej Platinum, maka gambar rajah disebelah kiri pula menunjukkan Bonus Tajaan yang bakal anda perolehi sekiranya anda (P) menaja ahli yang mengambil Pakej Silver dan juga Pakej Gold. Sama seperti sebelum ini, anda masih akan mendapat Bonus Tajaan sebanyak RM70 sekiranya menaja ahli Pakej Silver (S) dan RM700 sekiranya untuk ahli yang mendaftar Pakej Gold (G).

Untuk Pekej Platinum ini anda perlu membuat pembelian maintain 1 set produk (Algenn, Deeca & RxCrystal) bagi membolehkan anda layak menerima bonus setiap sebulan. Apa yang menariknya nilai pembelian maintain hanya RM200 untuk 1 set produk tersebut.

ANDA
SPONSOR
PAKEJ SILVER
SPONSOR
PAKEJ GOLD
SPONSOR
PAKEJ PLATINIUM
BONUS
PAIRING
MAINTAIN BULANAN
PEKEJ SILVER
RM70
RM300
RM500
RM50
RM250
PEKEJ GOLD
RM70
RM700
RM1000
RM500
RM225
PEKEJ PLATINIUM
RM70
RM700
RM1750
RM1100
RM200

Download Pelan Pemasaran Rxi

 

BONUS MOBILE KEY-IN (PLATINIUM SAHAJA)

 

Anda mungkin tertanya-tanya mana datangnya RM500 pada gambar rajah Pakej Platinum diatas tadi. Ia merupakan Mobile Bonus Key-In yang hanya diberikan kepada ahli yang menjadi Mobile Stokist (Pakej Platinum). Anda akan menerima RM250 untuk setiap Ahli Platinum yang anda daftarkan. Didalam contoh diatas, apabila anda (U) menaja A dan B dimana kedua-duanya mengambil Pakej Platinum maka anda akan mendapat bonus bagi mendaftarkan ahli tersebut (A & B) sebanyak RM500 (RM250 x2 Ahli).

Apa yang menariknya menjadi stokist, walaupun ahli Pakej Platinum tersebut bukan hasil tajaan anda, tetapi hasil tajaan ahli lain dibawah kumpulan anda, anda masih tetap akan mendapat Mobile Bonus Key-In apabila anda mendaftarkan mereka. Pendaftaran tersebut boleh dilakukan secara online serta hanya mengambil masa beberapa minit sahaja dan anda akan mendapat RM250 per ahli Platinum.

Bagaimana untuk ahli Pakej Gold dan Silver? Untuk ahli Pakej Gold yang anda daftar menerusi stokist, anda akan mendapat RM100 seorang. Manakala, untuk ahli Pakej Silver pula, anda akan mendapat RM10 seorang. Sekiranya rangkaian tajaan dibawah kumpulan anda sudah berkembang, maka tidak mustahil anda mampu mendaftarkan berpuluh-puluh ahli baru dalam sehari. Jadi fikirkanlah berapa pendapatan anda ketika itu. Mudah sungguh membuat wang dengan hanya mendaftarkan ahli baru sahaja.

PEKEJ
SILVER
GOLD
PLATINIUM
BUNUS KEY-IN
RM10.00 / Ahli
RM100.00 / Ahli
RM250.00 / Ahli

Download Pelan Pemasaran Rxi

 

BONUS ROLL-UP SPONSOR (GOLD & PLATINIUM)

 

Bonus Roll-Up Sponsor tidak diberikan kepada Pakej Silver. Inilah kelebihan yang terdapat pada Pakej Gold dan Pakej Platinum.

CONTOH ROLL-UP PAKEJ GOLD

ANDA
SPONSOR
PAKEJ SILVER
SPONSOR
PAKEJ GOLD
PEKEJ SILVER
RM70.00 (35%)
RM300.00 (15%)
PEKEJ GOLD
RM70.00 (35%)
RM700.00 (35%)

Apabila Pakej Silver menaja ahli baru yang mengambil Pakej Gold, bonus yang akan mereka terima hanyalah 15% daripada nilai mata pembelian tersebut atau bersamaan RM300 sahaja. Tetapi sekiranya Pakej Gold menaja ahli Pakej Gold, dia akan menerima 35% daripada nilai mata ataupun RM700. Jadi terdapat perbezaan sebanyak 20% atau bersamaan RM400 yang akan dibawa naik (Roll-Up) dan diberikan kepada penaja anda yang mengambil Pakej Gold ataupun Platinum.

Contoh Bonus Roll-Up

Contoh senarionya adalah seperti berikut. Andaikan anda mengambil Pakej Gold (G) dan anda menaja Ali yang mengambil Pakej Silver (S). Ali pula menaja Bidin yang berminat dengan Pakej Gold (G). Didalam kes ini, Ali hanya menerima Bonus Penajaan sebanyak RM300 dan bonus selebihnya lagi iaitu RM400 akan diberikan kepada anda.

CONTOH ROLL-UP PAKEJ PLATINIUM

ANDA
SPONSOR
PAKEJ SILVER
SPONSOR
PAKEJ GOLD
SPONSOR
PAKEJ PLATINIUM
PEKEJ SILVER
RM70 (35%)
RM300 (15%)
RM500 (10%)
PEKEJ GOLD
RM70 (35%)
RM700 (35%)
RM1000 (20%)
PEKEJ PLATINIUM
RM70 (35%)
RM700 (35%)
RM1750 (35%)

Apabila Pakej Silver menaja ahli baru yang mengambil Pakej Gold, bonus yang akan mereka terima hanyalah 15% daripada nilai mata pembelian tersebut atau bersamaan RM300 sahaja. Tetapi sekiranya Pakej Gold menaja ahli Pakej Gold, dia akan menerima 35% daripada nilai mata ataupun RM700. Jadi terdapat perbezaan sebanyak 20% atau bersamaan RM400 yang akan dibawa naik (Roll-Up) dan diberikan kepada penaja anda yang mengambil Pakej Gold ataupun Platinum.

Contoh Bonus Roll-Up

Contoh senarionya adalah seperti berikut. Andaikan anda mengambil Pakej Platinum (P) dan menaja anda menaja Ali yang mengambil Pakej Gold (G). Ali pula menaja Bidin yang berminat dengan Pakej Silver (S). Manakla Bidin mempunyai kawan yang menyertai Pakej Platinum (P). Didalam kes ini, Bidin hanya menerima Bonus Penajaan sebanyak RM500 sahaja. Disebabkan Pakej Platinum tadi ditaja oleh Bidin, maka Ali akan mendapat 'tempias' Bonus Penajaan sebanyak RM500 juga. Manakala selebihnya lagi iaitu RM750 akan diterima oleh anda (RM1750 - [RM500 + RM500]).

 

UPGRADE PAKEJ KEAHLIAN

 

Apa yang menariknya mereka masih mempunyai masa 60 hari (dari tarikh pendaftaran) untuk UPGRADE / MENAIK TARAF keahlian ke pakej yang lebih besar. Sebagai contoh: pada 10 OKT Ali mendaftar Pakej Silver yang berharga RM250. Maka Ali mempunyai masa 60 hari iaitu sehingga 9 DIS untuk menaik taraf ke Pakej Gold ataupun Platinum. Ali hanya perlu tambah RM2,250 (RM2,500 - RM250) untuk upgrade ke Pakej Gold atau tambah RM6,000 (RM6,250 - RM250) untuk upgrade ke Pakej Platinum.

Katakan pada 10 NOV Ali telah menaik taraf ke Pakej GOLD dan dia masih mempunyai masa lagi sehingga 9 DIS untuk menaik taraf ke Pakej Platinum pula. Jika Ali telah mendaftar Pakej Gold, dia hanya perlu menambah RM3,750 (RM6,250 - RM2,500) sahaja lagi untuk upgrade ke Pakej Platinum.

Setelah tamat 60 hari (tempoh bertenang), anda tidak boleh upgrade akaun anda tadi. Sebaliknya perlu membuka akaun baru dan perlu membayar harga penuh sekiranya ingin memilih Pakej Gold ataupun Platinum. Anda masih boleh menggunakan nama anda lagi bagi membuka akaun baru, tetapi rangkaian ahli tajaan yang anda taja sebelum ini tidak boleh dipindahkan dibawah akaun baru tersebut.

Selain itu, apabila anda upgrade ke Pakej Gold ataupun Platinum nanti, anda boleh memilih 1 jenis produk sahaja atau memilih untuk mencampurkan kesemua produk mengikut baki jumlah set. Sebagai contoh anda telah upgrade dari Pakej Silver ke Pakej Gold, maka anda boleh memilih 24 set produk. Anda boleh memilih 24 set produk Deeca sahaja jika anda menumpukan kepada pelanggan yang ingin menurunkan berat badan atau anda juga boleh campurkan 24 set tadi dengan Algeen, Deeca & RxCrystal.

Apa akan terjadi terhadap bonus selepas anda menaik-taraf keahlian? Sekiranya sekarang ini anda mengambil Pakej Silver dan anda berjaya menaja seorang ahli Pakej Platinum, maka bayaran bonus anda akan dibayar berdasarkan Pakej Silver. Apabila anda menaik taraf ke Pakej Gold, barulah anda boleh memperolehi bonus berdasarkan Pakej Gold. Disebabkan anda menaja ahli Platinum tadi ketika anda berada didalam pakej Silver maka anda hanya mendapat Bonus Tajaan RM500 sahaja dan anda tidak layak mendapat baki selebihnya selepas anda menaik-taraf ke pakej Gold ataupun Platinum. Sila rujuk kepada Bonus Roll-Up Sponsor diatas.

Dengan adanya peluang untuk menaik-taraf keahlian ini, anda serta ahli tajaan anda dapat memikirkan semula pakej mana yang sepatutnya perlu diambil, serta dapat mengukur kemampuan diri sendiri untuk mengembangkan rangkaian perniagaan Rxi ini. Selain itu, ramai yang tidak mempunyai modal yang besar untuk menjadi Mobile Stokist (Platinum). Jadi melalui cara ini, sedikit-demi sedikit anda dapat mengumpul modal bagi membolehkan anda menaik-taraf keahlian dalam masa 2 bulan.

PEMBAYARAN BONUS: Bonus untuk Momentum Plan akan dibayar pada setiap hari Rabu (secara mingguan). Manakala bagi Bonus Income Plan akan dibayar sebulan sekali (15hb setiap bulan). Anda boleh login ke website syarikat bagi mengeluarkan bonus tersebut. Ia dibayar didalam bentuk cek atau terus kedalam akaun bank anda.

 

UNTUNG RUNCIT

 
RxCrystal RxCrystal RxCrystal
Algenn
1 Set = 1 Kotak

(6 Botol/kotak)
Deeca
1 Set = 3 Kotak

(15 Stick/kotak)
RxCrystal
1 Set = 1 Kotak

(15 Folder/kotak)

PRODUK
HARGA AHLI
HARGA PASARAN
ALGENN
RM250.00
RM300.00
DEECA
RM250.00
RM450.00
RxCrystal
RM250.00
RM300.00

NOTA: Untuk Sabah, Sarawak & Labuan, perbezaan RM20.00 berbanding Semenanjung.

Selain memberikan keuntungan yang tinggi, didalam perniagaan RxInternational ini anda juga masih boleh memperolehi Untung Runcit dengan menjual produk untuk percubaan (sample). Seperti adat orang berniaga, untuk mendapat keuntungan kita perlu menjual pada harga yang lebih tinggi berbanding kos pembelian.

Sebagai contoh untuk produk Algenn, didalam setiap kotak akan mengandungi 6 botol (50ml/botol). Jadi anda boleh membukanya dan menjual 1 botol pada harga RM50. Disini anda akan memperolehi keuntungan (Untung Runcit) RM8.33 sebotol. Atau akan mendapat RM300 (RM50 x6) untuk 6 botol. Jika anda membeli 1 set produk Algenn ini pada harga RM250, anda akan mendapat keuntungan RM50 (RM300 - RM250) per set.

Untuk produk Deeca, harga runcitnya adalah RM450. Dengan membeli 1 set Deeca anda akan mendapat 3 kotak yang mengandungi 15 stik jelly didalamnya. Anda boleh menjual semula 1 kotak Deeca pada harga RM150 sekotak. Jadi anda akan mendapat keuntungan sebanyak RM66.66 sekotak. Dengan kata lain 1 set Deeca (3 kotak) akan memberikan anda Untung Runcit sebanyak RM200.

Manakala bagi produk RxCrystal, didalam setiap kotak mengandungi 15 Folder. Harga ahli untuk RxCrystal adalah RM250. Jadi anda boleh menjual semula 1 Folder RxCrystal pada harga RM20 sebagai sample untuk dicuba oleh kenalan anda. Dari sini anda boleh tawarkan kepada mereka supaya mem beli 1 set produk bagi mendapatkan harga yang lebih murah. Contoh keuntungan RM50 per set diatas hanyalah untung runcit dan belum ditambah lagi dengan bonus-bonus yang lain.

Selain itu, untuk produk-produk yang anda jual secara sample tadi, anda boleh guna nama anda sendiri untuk didaftarkan semula dibawah rangkaian anda supaya anda boleh mendapat Bonus Penajaan serta bonus-bonus yang berkaitan. Anda boleh menggunakan nama sendiri untuk didaftarkan didalam Rxi ini berulang-kali (tanpa had). Ini merupakan satu kelebihan terutama bagi mereka yang mempunyai kedai, pusat kecantikan, kios dan sebagainya yang menjual produk-produk kesihatan. Keuntungan anda akan menjadi berlipat-ganda dengan hanya menjual sample produk seperti cara diatas.

NOTA: Kami rasa cukup setakat ini sahaja penerangan tentang Pelan Pemasaran Rxi bagi memudahkan anda memahaminya. Dengan ini, diharap ia dapat membantu memudahkan anda untuk menerangkannya kepada prospek yang lain. Sebenarnya, terdapat beberapa bonus lain yang belum kami terangkan lagi. Ini adalah bagi mengelakkan daripada berlaku kekeliruan. Kami akan menerangkan tentang bonus yang lain kemudian setelah anda menyertai perniagaan Rxi nanti. Sila hubungi kami jika anda mempunyai pertanyaan berkaitan.

 

TESTIMONI PENDAPATAN PESERTA RxI

 

Berikut adalah contoh beberapa cek bonus Rxi para peserta didalam RxInternational. Untuk makluman anda ini merupakan hasil daripada pendapatan yang mereka perolehi hanya seminggu selepas penyertaan didalam RxInternational. Dimana pendaftaran untuk program ini telah mula didaftarkan pada 14 September 2013 yang lalu sahaja. Dalam masa seminggu sahaja, mereka sudah mampu menjana pendapatan 4-5 angka! Dan program RxInternational ini hanya akan dilancarkan secara rasmi pada 28 September 2013.

Bukti Cek Bonus Peserta

Bukti Cek Bonus Peserta

Algenn dapat Membantu Anda

NOTA: Kami terpaksa mengkaburkan nama-nama penerima cek tersebut untuk tujuan keselamatan. Selain itu, ini hanya merupakan bonus untuk Momentum Plan sahaja yang dibayar secara mingguan pada setiap hari Rabu. Ianya belum dicampurkan lagi dengan Bonus Income Plan dan juga Untung Runcit.

 

PEMBERITAHUAN (DISCLAIMER)

 

Harus diingat potensi bonus pendapatan yang bakal anda terima nanti mungkin tidak sama seperti yang kami tunjukkan. Banyak ataupun sedikit jumlah bonus yang bakal anda terima nanti adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti keupayaan diri, usaha, pengalaman, kemahiran dan kewangan anda sendiri. Walaupun begitu, kami sedia menunjukkan dan mengajar anda cara mengembangkan perniagaan Rxi ini terutama menerusi pemasaran internet.

Mungkin ada sesetengah daripada anda yang akan berasa cukup dengan tambahan pendapatan beberapa ratus ringgit sebulan. Tetapi bagi mereka yang mempunyai impian yang lebih tinggi dan mensasarkan pendapatan 4~5 angka sebulan, maka anda perlu berusaha dengan lebih kuat bagi mencapainya.

Maka tidak hairanlah jika ada individu yang anda taja nanti mempunyai pendapatan dan pangkat yang lebih tinggi daripada anda. Ini disebabkan mereka mempunyai impian yang berbeza daripada anda disamping memiliki faktor-faktor kejayaan yang kami disebutkan diatas tadi.

 

Sertai Rxi Sekarang